Harimau Muda Lolos ke Separuh Akhir

Foto NT Malaysia

BANGKOK: Skuad Bawah 23 negara akan berhadapan Thailand dalam perlawanan separuh akhir di stadium Rajamangala, Bangkok Isnin ini.

Skuad Harimau Muda itu mengesahkan tiket terakhir ke separuh akhir acara bolasepak Sukan SEA 2025 apabila Indonesia hanya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Keputusan itu sekaligus mengesahkan Malaysia sebagai pasukan naib juara terbaik berdasar kelebihan jaringan.

Walaupun dikecewakan Vietnam pada aksi terakhir Kumpulan B, kejayaan layak ke separuh akhir menghidupkan kembali misi skuad Harimau Muda memburu pingat di temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke peringkat separuh akhir temasya ini adalah pada edisi lalu di Vietnam dan kali terakhir kilauan emas digenggam pada edisi 2011 di Indonesia.

Di separuh akhir tugasan berat menanti skuad kendalian Nafuzi Zain apabila akan berdepan tuan rumah Thailand.