Harimau Malaya, Timor Leste mungkin senasib

Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR: Apakah nasib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)?

Ini mungkin medan ‘perang’ terakhir FAM dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tetapi rekod FIFA ialah badan induk itu tidak pernah kalah dalam kes seupama ini.

Andainya nasib tidak menyebelahi FAM dan tujuh pemain itu di CAS, implikasi besar dilihat bakal dihadapi terutama membabitkan pasukan kebangsaan yang dijangka menerima hukuman susulan.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pernah menggantung Timor Leste daripada menyertai Piala Asia 2023 selepas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo didapati memalsukan dokumen bagi kewarganegaraan pemain Timor Leste.

Dua belas pemain berkenaan didakwa beraksi sebanyak 29 perlawanan anjuran AFC dan tujuh perlawanan yang diiktiraf FIFA dengan semua aksi terbabit dibatalkan.

Apakah nasib serupa akan menimpa FAM? Besar kemungkinan walaupun kita sentiasa mengharapkan FAM akan Berjaya.