Harimau Malaya Mengaum! Vietnam Dibaham 4-0 di Bukit Jalil

Foto X Malaysia NT

Harimau-harimau kacukan baru Malaysia mengaum garang malam tadi, menyebabkan Vietnam menjadi lauk di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 itu, Harimau Malaya menewaskan Vietnam 4-0 dan dua harimau kacukan, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado masing-masing menjaringkan satu gol.

Separuh masa pertama menyaksikan Vietnam kebal untuk ditembusi tetapi babak kedua menjadi berbeza apabila anak buah Peter Cklamovski membolosi gawang Vietnam empat kali dengan dokongan 61,512 penyokong.

Kemenangan itu mengakhiri badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas skuad yang diberi jolokan Naga Emas itu.