Harimau Malaya Lonjak 6 Anak Tangga Ranking FIFA

Foto FAM

Harimau Malaya melonjak enam anak tangga ranking ke-125 dunia berdasarkan kemas kini terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pencapaian itu adalah yang terbaik diraih skuad bolasepaka negara dalam tempoh dua dekad, sekaligus membakar semangat baru menjelang aksi seterusnya dalam kempen Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual hujung bulan depan.

Perkembangan positif itu dikongsi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman media sosial rasmi persatuan itu.

Ranking itu adalah yang terbaik dalam tempoh 19 tahun sejak kali terakhir berada pada kedudukan ke-125 dunia pada Februari 2006.