Harimau Malaya Terkandas di Laman Sendiri, Cape Verde Unggul 3-0

Foto Astro Arena

Cape Verde membelasah Harimau Malaya 3-0 pada aksi perlawanan berstatus perlawanan latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

Dailon Livramento menjadi pemusnah apabila menjaringkan dua gol bagi Cape Verde yang menduduki ranking dunia ke-72 itu.

Gol Livramento dijaringkan pada minit ke-35 sebelum penyerang kelab Hellas Verona itu menyumbat gol kedua peribadinya di minit ke-48. Gol ketiga Cape Verde dijaringkan oleh Heriberto Tavares di minit ke-55.