Harimau Malaya cemas sebelum menang 5-1

Foto Malaysia Football League

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya terpaksa menunggu hingga minit ke-59 untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik Faisal Halim yang menewaskan penjaga Laos, Kop Lokphatip di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Jaringan itu mencetus kebangkitan skuad negara apabila Romel Morales menambah dua gol dalam tempoh lima minit pada minit ke-65 dan 70.

Nasib malang melanda Laos di minit ke-80 apabila Khammanh Thapaseut tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-80 ketika dia cuba membuat hantaran kepada penjaga gol, Lokphatip.

Pemain gantian, Paulo Josue kemudian melengkapkan kebangkitan penuh bergaya skuad negara di hadapan 18,901 penonton apabila menjaringkan gol kelima selepas tidak sampai seminit dia masuk menggantikan Faisal Halim pada minit ke-81.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul 12 mata selepas memenangi semua empat perlawanan awal dan tiga mata di depan pencabar utama, Vietnam.

Anak buah Cklamovski kemudian akan meneruskan perjuangan dalam kempen kelayakan itu berdepan Nepal, 18 November ini.