Hannah Yeoh: Terima Kasih TMJ dan PMX, Anda Pencetus Revolusi Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya pencetus revolusi Harimau Malaya.

Beliau berkata, dia berbangga dengan kejayaan skuad Harimau Malaya yang menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi kedua kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027.

Hannah juga mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan,Peter Cklamovski dan menyatakan penghargaannya kepada penyokong dan peminat bolasepak yang menyemarak semangat Harimau Malaya.

“Terima kasih TMJ, terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” tulis Hannah di laman Facebooknya.