
Ini betul-betul menggila. Jatuh setelah berlanggar di pusingan awal, pelumba muda negara, Hakim Danish sempat bangkit untuk meneruskan perlumbaan. Bukan sekadar terus berlumba tetapi memotong pelumba lain satu-satu hingga menduduki tempat kedua di Rookies Cup Le Mans Race 2025.
Inilah karekter pejuang sejati yang memiliki hati yang kental. Petarung barisan depan.
Corak tunggangan Hakim jauh berbeza berbanding tahun pertamanya. Dia kini makin tenang, sabar tetapi semakin laju. Sifat agresif sudah nerkurang dan terkawal. Dia semakin dewasa dan matang.
Yang jelas, Hakim Danish berbakat besar. Inilah ikon anak muda. Adakah dia bakal ditaja oleh syarikat-syarikat besar? Adakah Kementerian Sukan akan membantu anaka muda ini?
Tahun depan Hakim Danish akan beraksi bersama pasukan KTM Motor3.