
Penunggang muda berbakat, Hakim Danish Ramli, 17 beraksi cemerlang di pusingan pertama Kejuaraan Dunia GP Remaja di Estoril, Portugal apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua .
Ini adalah kejayaan podium pertama Hakim Danish di kejohanan berkenaan.
Kejayaan itu meneruskan persembahan positif yang dilakukannya pada pusingan pertama kejuaraan Piala Rookies Red Bull MotoGP di Jerez, Sepanyol. Hakim Danish turut meraih podium pada pusingan itu.
“Terima kasih team,” kata Hakim Danish.