
KUALA LUMPUR: Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan gelaran ‘Raja Asia’ kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 di Buriram, Thailand.
Kejayaan itu tiba penuh dramatik pada perlumbaan terakhir musim yang menyaksikan bekas pelumba MotoGP itu menamatkan saingan di tempat kedua, keputusan yang memastikan gelaran Asia.
Hafizh mengumpul 193 mata keseluruhan sekali gus mengecewakan pencabar terdekatnya, Nakarin Atiraphuvapat (Honda Racing Thailand) dengan kelebihan tipis tiga mata.
Dalam perlumbaan itu, Nakarin mempamerkan tunggangan agresif untuk muncul juara perlumbaan, manakala seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Racing Malaysia) melengkapkan podium di tempat ketiga.