Hafiz Jurulatih Skuad Badminton Arab Saudi

Foto Utusan/ Hafiz Hashim

Juara perseorangan lelaki Seluruh England 2003, Hafiz Hashim, mengorak langkah baru apabila memulakan tugas sebagai jurulatih prestasi tinggi di Arab Saudi.

Dia memulakan tugas 7 Ogos lalu dengan fokus utamanya membawa skuad kebangsaan Arab Saudi beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Hafiz menyifatkan peluang itu sebagai cabaran baru, memandangkan beliau diberi tanggungjawab membangunkan pasukan yang masih baru dan sedang mencari tapak dalam sukan badminton.

Selepas tamat tugas selama dua tahun bersama Akademi Badminton Suchitra di Hyderabad pada Mei, Hafiz menerima beberapa tawaran kejurulatihan daripada kelab-kelab di India, namun akhirnya memilih menerima tawaran Persekutuan Badminton Arab Saudi.