
KUALA LUMPUR: Setiap pemain skuad bola keranjang yang meraih pingat emas di Sukan SEA 2025 di Thailand ditawarkan seunit pangsapuri serta insentif tunai.
Ini adalah antara imbuhan terbesar pernah diumumkan dalam sukan berpasukan negara.
Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, insentif berkenaan sebagai pembakar semangat tambahan buat pemain dan tenaga kejurulatihan dalam usaha merealisasikan sasaran dua pingat yang ditetapkan mereka.
“Seunit pangsapuri untuk setiap pemain yang meraih emas, RM20,000 setiap pemain meraih perak sementara RM10,000 setiap pemain meraih gangsa.
“Ganjaran ini turut diberikan kepada ketua jurulatih dan penolong jurulatih kerana kejayaan anda adalah hasil kerja keras seluruh pasukan.
“Saya berharap anda membawa semangat yang sama untuk mencipta kegemilangan baharu,” katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet bola keranjang ke temasya itu.
Untuk makluman, ganjaran berupa rumah bukanlah sesuatu yang baru kerana pada edisi 2023 di Kemboja, ia turut ditawarkan perkara sama tetapi Malaysia hanya membawa pulang satu pingat gangsa menerusi skuad wanita 5×5,