Had Umur Belia 30 Tahun Mulai 2026

Foto Fb Hannah Yeoh

Kerajaan Persekutuan tetap dengan keputusan menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Januari tahun depan selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Bagaimanapun katanya Sarawak tidak terikat dengan perubahan itu kerana badan belia utamanya, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bukan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

“Untuk had umur belia ini, kerajaan telah buat keputusan, tahun 2019 parlimen luluskan undang-undang. Kemudian kita telah tangguh dua kali sebelum ini dan ini bermaksud sekarang ini kita dalam tempoh penangguhan tahun ketiga.

“Sarawak ada pertubuhan belia mereka iaitu Saberkas dan tidak berdaftar di ROY. Saberkas berdaftar di ROS (jadi) memang dia tak perlu ikut,” katanya.