Goh Sze Fei Nafi Sertai BAM Semula

Foto BA Malaysia

PEMAIN badminton beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei, menafikan spekulasi bakal bergabung semula dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebaliknya Sze Fei nafi yang berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani terus komited sebagai pemain profesional di bawah jurulatih Teo Kok Siang.

Hubungan dengan BAM kekal positif walaupun tidak menyertai semula badan induk dan mereka menghargai sokongan yang pernah diberikan.
Pasangan itu menjadi naib juara Terbuka Jepun dan juara Terbuka India.

Timbul khabar angin baru-baru ini berkenaan Sze Fei bersama gandingannya, Nur Izzuddin akan membuat pusingan U untuk kembali bersama BAM.