
Muhammad Iftikhar Firas Fariq, 13, dari Kajang, Selangor menjuarai acara Roller Freestyle Park Junior di Kejohanan FISE World 2025 di Montpellier, Perancis.
Faris mengalahkan juara bertahan empat kali berturut-turut dari Perancis serta menewaskan 30 peserta lain dari 10 negara termasuk Itali, Belanda, Perancis dan Denmark.
Remaja ini mula bergiat dalam sukan ekstrem ini sejak berusia dua tahun dan mula bertanding secara kompetetif tiga tahun lalu.
Selain kejayaan itu, Firas yang sering berlatih di gelanggang yang dibina oleh ayahnya, juga meraih tempat ketiga dalam acara Bleeding Cup Euro 2025.