
ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Siasatan mendapati beberapa sijil kelahiran datuk dan nenek pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysa (FAM) tidak sepadan dengan rekod rasmi negara asal masing-masing.
Semakan silang bersama pihak berkuasa pendaftaran awam luar negara juga menunjukkan bahawa individu yang dinamakan sebagai datuk atau nenek pemain terbabit bukan dilahirkan di Malaysia seperti dinyatakan dalam dokumen diserahkan kepada FIFA.
Pendedahan ini dibuat bagi menyokong keputusan menghukum FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.
Menurut laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” bertarikh 6 Oktober 2025, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan bahawa hukuman itu dikenakan berdasarkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.
Dalam Lampiran 13 laporan itu, FIFA menyenaraikan asal-usul sebenar keluarga tujuh pemain terbabit:
Nenek Gabriel Felipe Arrocha dilahirkan di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol.
Datuk Facundo Tomas Garces berasal dari Santa Fe de la Cruz, Argentina.
Datuk Rodrigo Julian Holgado dilahirkan di Buenos Aires, Argentina.
Nenek Imanol Javier Machuca berasal dari Roldan, Argentina.
Datuk Joao Vitor Brandao Figueiredo berasal dari Abre Campo, Brazil.
Datuk Jon Irazabal Iraurgui lahir di Viscaya, Sepanyol.
Datuk Hector Alejandro Hevel Serrano dilahirkan di The Hague, Belanda.
FIFA menjelaskan bahawa semua maklumat ini disahkan melalui semakan rasmi dan tiada bukti sahih menunjukkan kaitan langsung dengan Malaysia.
Laporan itu turut menyebut bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diterima, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.