
KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Malaysia dalam kes rayuan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, Serge Vittoz, memaklumkan bahawa keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 30 Oktober 2025, selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA selesai bersidang.
Menurutnya, FIFA memberitahu pada 17 Oktober bahawa keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 30 Oktober 2025 oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Rakyat Malaysia pula terus tertanya-tanya mengenai keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap hukuman membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu.
Setakat ini, FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Peminat bola sepak tanah air ketika ini menunggu dengan penuh debar keputusan rayuan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan berkenaan, sekali gus menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong tempatan.
Mengapa FIFA masih membisu? Atau adakah peminat bolasepak Malaysia kena prank oleh FIFA?