Fatin Nurfatehah ke final Kejohanan Memanah Piala Asia

Foto Fail / NSTP

KUALA LUMPUR: Fatin Nurfatehah Mat Salleh menempah tiket ke perlawanan akhir acara compound individu wanita pada Kejohanan Memanah Piala Asia 2026 (Peringkat 1) di Bangkok, Thailand.

Atlet berusia 34 tahun itu berjaya mengatasi lawannya yang juga Atlet Neutral Individu (AIN) Mariia Dimidiuk 144-143 dalam perlawanan separuh akhir.

Menanti Fatin Nurfatehah pada perlawanan akhir Jumaat ini ialah seorang lagi AIN Arina Cherkezova yang menewaskan wakil India Tejal Rajendra Salve 147-144 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Terdahulu, Fatin Nurfatehah berjaya membantu pasukan compound wanita meraih gangsa selepas menewaskan Thailand menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 225-225.

Dalam pada itu, hasrat dua pemanah recurve negara Evan Rich Chong dan Joey Tan untuk mara ke perlawanan akhir acara individu lelaki dan wanita tidak kesampaian apabila tewas pada lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir.