Fans Asean Mahu FIFA Siasat FAM?

Foto NST

Peminat bolasepak Asean mahu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyelidik keabsahan susur galur dan salasilah pemain yang beraksi untuk Harimau Malaya yang dikatakan berdarah warisan.

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) membawa masuk pemain-pemain kelahiran Argentina, Sepanyol dan Brazil untuk memperkuat skuad Harimau Malaya.

Ramai fans terutama dari Indonesia, Vietnam dan Thailand mempersoalkan keabsahan pemain-pemain yang dianggap gred A itu.

Rata-rata mereka tidak yakin pemain yang dipanggil FAM itu memiliki darah keturunan rakyat Malaysia.

“FAM beli pemain. Pasti FIFA akan melarang mereka jika menerima bantahan negara Asean,” kata salaha seorang pengguna platform X.