FAM Bantah Penyokong Indonesia Biadap

Foto Facebook

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar bantahan rasmi susulan tindakan penyokong pasukan Indonesia yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika aksi Piala Asean Bawah 23 Tahun (B-23) di Jakarta, Selasa lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berkata bantahan itu dihantar dua hari lalu kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee Boon Aun serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Kita sudah hantar bantahan kepada AFF dan salinan kepada kepada AFC. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang buat penyokong dan rakyat Malaysia,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sini.