FA Selangor didenda RM100,000, beraksi tanpa penonton

Foto Selangor Fc

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendenda FA Selangor RM100,000 dan dihukum beraksi tanpa penyokong untuk dua perlawanan membabitkan Piala FA.

Gergasi Merah juga akan bermain di stadium kosong untuk dua aksi iaitu menjelang pertembungan timbal balik kedua menentang Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 30 November ini dan perlawanan pertama di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya.

Berdasarkan keputusan mesyuarat khas oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, skuad kendalian Christophe Gamel itu boleh membuat rayuan terhadap kesalahan berikut.
Iklan

Selangor dirujuk kepada Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM) dan Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dibaca bersama Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober lalu.