
KUALA LUMPUR: Emma Firyana Saroji menjuarai acara singles Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 dengan kemenangan dramatik set 6-5 mengalahkan Kathrine Rednall dari England.
Kemenangan itu merupakan ‘balas dendam’ bagi Emma Firyana selepas kalah kepada lawan sama di peringkat kumpulan.
Izzat Shameer Dzukeple menjuarai pingat gangsa dalam kategori singles lelaki.
Pada aksi penentuan emas berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, pemain ranking ke-12 dunia itu diberikan tentangan sengit pemain England, Kathrine Rednall, apabila terikat seri 5-5 pada set pertama sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Di set penentuan, Kathrine yang menghuni ranking ke-43 dunia mendahului seketika dengan 3-2 sebelum atlet kelahiran Selangor itu bangkit memutlakkan kemenangan 6-5 di penghujung babak.
“Sangat gembira dan teruja dapat memenuhi misi saya untuk untuk menang pingat emas buat negara.
“Makna kemenangan ini sangat besar. Kalau ikutkan ini kali ketiga untuk tahun ini saya mewakili negara selepas dikeluarkan daripada skuad (semasa COVID-19),” katanya.