Emas Regu Berpasukan Takraw di Kendang Lawan

Foto Persatuan Sepaktakraw Malaysia

KUALA LUMPUR: Di kandang lawan yang digeruni, regu berpasukan lelaki menewaskan Thailand, sekaligus menamatkan kemarau 34 tahun emas acara regu berpasukan lelaki sepak takraw Sukan SEA.

Regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir tewas tipis kepada trio Thailand, Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa dan Marukin Phanmakon.

Kekalahan itu tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia, sebaliknya menjadi pemangkin untuk bangkit dalam regu kedua.

Regu kedua negara yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam menunjukkan kebangkitan luar biasa, menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Regu ketiga, Zulkifli Razak, Afifudin Razali dan Aidil Aiman Azwawi, memastikan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor, sekaligus membawa pulang pingat emas.

Kemenangan 2-1 itu menamatkan penantian Malaysia dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA dan mengukuhkan dominasi negara dalam sukan sepak takraw.