
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan projek Elite Games untuk menilai tahap kualiti pemain muda negara, kata Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Menurutnya, projek itu bakal menghimpunkan 26 pemain B23 tempatan yang berpotensi untuk diterapkan dalam pasukan utama B23, yang akan beraksi di Piala Asean B23 2025 Julai depan.
Beliau berkata, pemain-pemain itu akan dikumpulkan selama tiga hari untuk mengharungi perlawanan tertutup sebelum barisan kejurulatihan menilai sama ada mereka layak diserapkan.
“Projek ini adalah hasil perbincangan saya dengan jurulatih Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain bertujuan menghimpunkan pemain sebelum mereka beraksi dalam perlawanan sparring antara mereka,” katanya.