
Dania Elisha, 12, bakat luar biasa ping pong Malaysia, terus mengharumkan nama negara apabila berjaya menjuarai
WTT U13 girls singles di Sandefjord, Norway, 12 Jun lalu.
Dania mengalahkan pemain perseorangan India Kabhairav Tanishka dalam perlawanan akhir.
Pemain berbakat ini menjuarai Kejohanan ITTF World Hopes Week & Challenge di Asuncion, Paraguay tahun lalu.
Sebelum ini, Dania juga telah mencatat banyak kejuaraan di peringkat dunia, antaranya WTT Youth Contender di Dubai dan Asia ITTF World Hopes & Week di Jordan.