
KUALA LUMPUR: Tiada dana tambahan disalurkan buat sementara waktu kepada pasukan bolasepak kebangsaan sehingga keyakinan pulih dengan pentadbiran FAM.
Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata langkah itu adalah sebahagian daripada cadangan penambahbaikan berterusan bagi memastikan pembangunan atlet tempatan menjadi keutamaan.
“Buat masa ini, saya hanya boleh mencadangkan supaya tiada lagi dana tambahan disalurkan. Fokus dahulu kepada membantu pasukan kebangsaan dan memastikan penambahbaikan dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Dewan Rakyat.