
Saingan pada Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah diramal sengit tetapi jurulatih Harimau Malaya tidak goyang apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Iran dan Tajikistan.
Jurulatih Peter Cklamovski menekankan,Harimau Malaya memang menanti cabaran yang kuat sambil menyifatkan saingan di kejohanan itu adalah langkah penting dalam perjalanan mereka sebagai pasukan kebangsaan.
Harimau Malaya akan berdepan tuan rumah Tajikistan pada aksi pembukaan sebelum bertemu Iran, juara bertahan yang juga pasukan nombor dua Asia.
Selepas dua aksi menentang paukan yang berada di ranking lebih tinggi, Harimau Malaya akan menutup kempen peringkat kumpulan menentang Afghanistan yang menduduki ranking ke-160.
.