
KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mahu memastikan kemenangan apabila menentang Nepal pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan kemenangan pada aksi terakhir tahun ini penting sebagai penanda aras perkembangan pasukan menjelang cabaran lebih besar pada 2026.
Menurutnya, ia juga akan mengukuhkan keyakinan pemain selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kempen kelayakan setakat ini.
Jurulatih kelahiran Australia itu berkata fokus utama mereka kini adalah memastikan pemain mengekalkan disiplin taktikal, kekal tenang dan meneruskan rekod tanpa kalah yang menjadi tunjang kebangkitan Harimau Malaya tahun ini.
“Bagi saya mudah, saya hanya fokus pada apa yang saya boleh kawal,” katanya.