China Juara Dunia Golf WAGC 2025

Foto Ihsan WAGC Malaysia

KUALA LUMPUR: Wakil Malaysia di Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) hanya menduduki tempat ketiga acara individu akhir tatkala pasukan China menjuarai pusingan akhir di kejohanan yang diadakan di Pulau Jeju, Korea Selatan baru-baru ini.

China mempamerkan persembahan cemerlang untuk mengenepikan cabaran 39 negara lain termasuk Malaysia dengan Filipina yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala Indonesia di kedudukan ketiga.

Abdullah Dania dengan handicap 6 membanggakan negara apabila menduduki tempat ketiga kategori Divisyen 2 selepas mecatatkan 74, 72, 71 dan 70 dalam saingan empat pusingan menerusi format stroke play nett.

Dalam pada itu, bekas penjaga gol Liverpool dan pasukan kebangsaan Poland, Jerzy Dudek mencuri perhatian sepanjang empat hari saingan berlangsung apabila menarik tumpuan ramai peminat.