
KUALA LUMPUR: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan.
Namun penggantungan itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan daripada semua aktiviti berkaitan bolasepak.
Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomás Garcés Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
CAS dalam satu kenyataan mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula ditolak, dan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 kepada FAM kekal.