
Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) kesal dengan tindakan Malaysia menarik diri daripada saingan Piala Negara-Negara CAFA 2025.
FAM pada petang semalam mengumumkan penarikan diri skuad Harimau Malaya daripada kejohanan berkenaan atas beberapa kekangan, antaranya penganjuran pertandingan yang berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Situasi berkenaan dikatakan memberikan cabaran segala aspek kepada skuad kebangsaan, memandangkan kelab-kelab tidak mempunyai kewajipan untuk melepaskan pemain mereka.
Keputusan yang dibuat itu nyata menimbulkan kekesalan CAFA yang menyatakan penyertaan Malaysia sudah pun disahkan lebih awal, dengan pengetahuan penuh terhadap tarikh kejohanan dari 29 Ogos hingga 8 September 2025 selain memaklumkan jadual pertandingan tidak pernah berubah sejak awal.