Budak 16 tahun Pecah Rekod Dunia 100m

Foto Kyodo News

Atlet remaja Jepun berusia 16 tahun, Sorato Shimizu mencipta rekod dunia baru bagi catatan masa 100 meter terpantas yang pernah dicapai pelari bawah 18 tahun.

Bintang pecut yang masih bersekolah itu mencatat masa hanya 10 saat dalam acara olahraga di Hiroshima, kelmarin.

Shimizu memecahkan rekod terdahulu yang dikongsi pelari Amerika, Christian Miller, dan bintang Thailand Puripol Boonson, yang masing-masing mencatat masa 10.06 saat.

Malah, masa luar biasa Shimizu turut mengatasi catatan terbaik Usain Bolt ketika berusia 20 tahun.