
Corak permainan yang diterap oleh jurulatih berpengalaman, Herry “Naga Api” IP benar-benar memberi kesan bagi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mereka mempamerkan permainan pantas bertenaga untuk menjuarai Terbuka Singapura 2025.
Kemenangan tu adalah gelaran ketiga mereka musim ini selepas menjadi juara Kejohanan Badminton Asia di China dan Terbuka Thailand 2025.
Dalam aksi final di Terbuka Singapura, Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21, 21-18 dan 21-19. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM315,000.