
IPOH: Buat kali pertama, Belgium menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-31 selepas menewaskan India 1-0 pada aksi final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, malam semalam.
Keputusan itu menghampakan India yang berharap dapat mengakhiri kemarau menjulang trofi berpresij itu setelah kali terakhir muncul juara pada 2010.
Belgium yang mencatat empat kemenangan dan satu seri di peringkat round robin, ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila gerakan pantas setiap pemain menggerunkan anak buah Craig Fulton.
Suku pertama dan kedua perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun masing-masing gagal menjarigkan sebarang gol.
Masuk babak ketiga perlawanan Belgium berhasil memecah kebuntuan menerusi jaringan padang oleh Thibeau Stockbroekx pada minit ke-34.
Bersambung babak terakhir perlawanan, anak buah Shane McLeod terus menggandakan asakan namun penjaga gawang India, Shashikumar Mohith Honnenahalli berjaya menyelamatkan empat pukulan sudut penalti.