
IPOH: Skuad hoki Malaysia yang diberi jolokan Speedy Tigers longlai apabila berhadapan Belgium yang membelasah pasukan negar itu 9-1 dalam perlawanan keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah ke-13 di sini.
Belgium adalah pasukan ranking ketiga dunia.
Selepas tewas 3-4 kepada India kelmarin, anak buah Sarjit Singh turun dengan misi berjuang habisan-habisan namun terpaksa akur dengan kehebatan Belgium.
Penyerang prolifik Belgium yang juga pemain terbaik dunia tahun ini Tom Boon membuka tirai jaringan pasukan itu hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-8 sebelum Thomas Crols meledak gol kedua tiga minit kemudian.
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan negara mengatur serangan balas dan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-13 menerusi gol padang Faizal Saari namun dua minit kemudian Thibeau Stockbroekx pula memastikan Belgium terus di depan sebelum tamat suku pertama perlawanan.