Bekas Pemain Boca Juniors, Getafe sertai JDT

Foto FB JOHOR Southern Tigers

Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim mengumumkan bekas pemain Boca Juniors dan Getafe, Jonathan Silva adalah rekrut terbaru selepas kelab itu mengikat Joao Figueiredo.

Pegumuman menerusi laman Facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers itu menjadikan Silva pemain baru kelapan diumumkan JDT bagi menghadapi musim 2025-2026.

Pemain 31 tahun yang oernah mewakili skuad kebangsaan Argentina itu bakal memperkuatkan benteng Harimau Selatan yang akan mengharungi jadual padat musim depan.

JDT memerlukan skuad besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, Liga Juara-Juara Asia dan Kejuaraan Kelab Asean.