Azizul juara juarai keirin Piala Dunia Berbasikal Trek

Foto UCI Track

KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang menjuarai acara keirin pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia.

The Pocket Rocketman berusia 38 tahunn itu mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan akhir dan memintas lawan di saat genting untuk melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Azizulhasni menewaskan pelumba Great Britain, Matthew Richardson yang hanya dipisahkan dengan 0.002 saat di tempat kedua, manakala wakil tuan rumah, Leigh Hoffman melengkapkan podium dengan catatan 0.080 saat di belakang.

Kejayaan itu sekali lagi mengukuhkan reputasi Azizulhasni sebagai antara pakar keirin terbaik dunia, selain membuktikan pengalaman dan ketenangannya masih menjadi senjata utama di pentas antarabangsa.