
KUALA LUMPUR: Kecil-kecil cili padi. Inilah Azhar Habib, remaja yang dinobatkan sebagai pemain nombor dua dunia sukan ping pong kategori bawah 11 tahun.
Bintang muda Malaysia, yang nama penuhnya, Habib Adrian Bin Muhamad Suhaidin Azhar mencipta kejayaan luar biasa apabila muncul juara kategori Bawah 11 Tahun (BU11) di WTT Youth Contender Cappadocia 2026.
Dalam perlawanan akhir, Azhar Habib menewaskan wakil Turki, Ege Bolat, 3–0 (11–7, 11–9, 11–9), manakala di peringkat separuh akhir, dia menundukkan pemain Iraq, Younus Ahmed, dengan keputusan tipis 3–2 dalam perlawanan yang penuh debaran.
Kemenangan itu membuktikan kemampuan Azhar Habib di peringkat antarabangsa dan menunjukkan dia berada di landasan yang tepat untuk masa depan ping pong Malaysia.
Semoga Azhar Habib terus melakar sejarah.