Arif Aiman Perlu Rehat Panjang untuk Pulihkan Kecederaan

Foto Xisco Munoz / Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Jurulatih Skuad Harimau Selatan, Xisco Munoz mengakui terpaksa akur bahawa Arif Aiman Hanapi tidak dapat kembali beraksi dalam masa terdekat.

Menurut Munoz, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu perlu berehat panjang susulan kecederaan hamstring yang dialaminya.

Walaupun berasa sedih kerana skuad Harimau Selatan kehilangan pemain terbaik, Munoz percaya pemain sayap sensasi itu mampu bangkit dengan lebih kuat.

“Dia adalah pemain muda terbaik di Asia dan sudah pasti sebagai jurulatih, ia satu keadaan yang teruk apabila anda kehilangan pemain seperti ini”

Foto Fail / Instagram@ariifaiman42

Malam tadi, JDT meneruskan kemenangan ke atas Selangor FC (SFC) selepas menundukkan lawan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ini adalah kemenangan ke-13 berturut-turut buat skuad Harimau Selatan dalam liga sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan 39 mata.