Arif Aiman dicalon pemain terbaik AFC

Foto Fail / Johor Southern Tiger

KUALA LUMPUR: Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi pemain bolasepak Malaysia yang pertama dicalonkan bagi anugerah Pemain Terbaaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bersama dua pemain lain.

Dua pemain lain yang akan bersaing dengan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu ialah
pemenang Kasut Emas 2023 Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem al – Dawsari dari Arab Saudi.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi watak penting dalam kempen kemenangan berganda JDT dengan membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Lima gol dihasilkan Arif Aiman pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) turut membantu JDT mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan itu.

Pemenang dijangka diumumkan pada Anugerah Tahunan AFC 2025 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini.