
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman Hanapi adalah lebih tinggi daripada dua pemain warisan yang baru ditandatangani Harimau Selatan itu, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Berdasarkan nilai pasaran pemain di laman antarabangsa Transfermarkt.com, Arif Aiman memiliki tanda harga RM3.2 juta mengikut kemaskini pada 14 Mei lalu.
Irazabal yang sebelum ini memiliki tanda harga sama dengan Arif Aiman kini berada di bawah apabila nilai pasarannya menurun kepada RM2.95 juta.
Tanda harga Hevel yang baru dikemaskini laman berkenaan juga mengalami penurunan dengan pemain tengah itu memiliki nilai pasaran RM1.97 juta berbanding RM2.2 juta pada Disember lalu.