Arif Aiman bebas berhijrah, kata TMJ

Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Pemain sensasi Johor Darul Takzim, Arif Aiman bebas menentukan masa depan dan arah tuju kariernya, kata Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu menjelaskan dia tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal bersama Harimau Selatan.

Nama pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila dikhabarkan menarik minat beberapa kelab dari Korea Selatan dan Iran.

Namun, TMJ berasakan pilihan terbaik Arif ketika ini adalah kekal bagi terus beraksi di saingan berprestij peringkat Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berbanding kelab biasa lain.

“Itu bergantung kepada Arif Aiman, bukan pada kami. Jika Arif Aiman mahu pergi, silakan. Jika dia mahu kekal, dia boleh kekal. Ia terpulang kepada pemain.

“Saya tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal, tetapi saya rasa dia gembira di sini, kerana di sini bukan sahaja ada peluang untuk memenangi kejohanan tetapi turut ada peluang untuk terlibat dalam kejohanan bertaraf Asia seperti ACLE,” katanya.

Terdahulu, nama pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila dikhabarkan menarik minat beberapa kelab dari Korea Selatan dan Iran.

Malah, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu turut menjelaskan dia tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal bersama Harimau Selatan.

Namun, baginda berasakan pilihan terbaik Arif ketika ini adalah kekal bagi terus beraksi di saingan berprestij peringkat Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berbanding kelab biasa lain.

“Itu bergantung kepada Arif Aiman, bukan pada kami. Jika Arif Aiman mahu pergi, silakan. Jika dia mahu kekal, dia boleh kekal. Ia terpulang kepada pemain.

“Saya tidak pernah memaksa mana-mana pemain untuk kekal, tetapi saya rasa dia gembira di sini, kerana di sini bukan sahaja ada peluang untuk memenangi kejohanan tetapi turut ada peluang untuk terlibat dalam kejohanan bertaraf Asia seperti ACLE.