Apa ada pada video Azman-Infantino?

Foto Tangkap Layar Media Social

KUALA LUMPUR: Tular tangkap layar di akaun media sosial Presiden FIFA, Gianni Infantino yang menunjukkan beliau bersama Noor Azman Rahman dalam satu acara rasmi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan cepat menjelaskan bahawa video itu dirakam di luar acara rasmi FAM mahupun FIFA.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata kehadiran Noor Azman dalam pertemuan berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili FAM dalam sebarang urusan rasmi.

“Untuk makluman, gambar itu dirakam di luar acara atau majlis rasmi FAM mahupun FIFA dan kehadiran Datuk Noor Azman atas kapasiti peribadi beliau serta tidak mewakili atau membawa sebarang urusan rasmi FAM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusoff turut menegaskan bahawa sejak penggantungan tugas yang berkuat kuasa pada 17 Oktober lalu, Noor Azman tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, mesyuarat atau program rasmi FAM.

“FAM ingin menegaskan bahawa sejak dikenakan hukuman penggantungan tugas pada 17 Oktober 2025, Datuk Noor Azman tidak terlibat dalam sebarang aktiviti, mesyuarat atau program rasmi FAM.

“FAM berharap penjelasan ini dapat memperjelas kekeliruan yang mungkin timbul susulan laporan berkenaan,” katanya.