Anwar Beri KLFA RM1 Juta

Foto X Anwar Ibrahim

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mendapat durian runtuh menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26 selepas menerima peruntukan RM1 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inisiatif itu diumumkan sendiri oleh Anwar ketika berucap pada Sambutan Jubli Emas KLFA, sebentar tadi.

“Ini satu-satunya acara yang saya hadiri di mana tidak ada orang meminta dana.

“Jadi saya ucapkan terima kasih dan walaupun tidak memohon (dana), saya berikan RM1 juta,” kata Anwar.