Akui kesilapan, minta maaf aje, ia percuma : Zack

KUALA LUMPUR: Akui kesilapan dan mohon maaf. Ia percuma sedangkan kalau pergi ke mahkamah timbang tara (CAS), ia akan menelan belanja yang besar.

Itulah pandangan panelis Ngopi @ Channel10, Zakaria Rahim ketika membincangkan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain Harimau Malaya berikutan masalah pemalsuan kewarganegaraan.

Ngopi @ Channel10 turut disertai peguam Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid manakala Amin Fuad adalah hos.

Foto Channel 10

“Sehingga kini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam fiasko ini. Lebih menghairankan tidak ada pernyataan maaf daripada sesiapa pun,” kata pemerhati dan penganalisis sukan itu.

Menurutnya, FAM harus menerima hakikat, mohon maaf kepada seluruh rakyat khususnya peminat bolasepak negara dan “move on” .