
KUALA LUMPUR: Ada agenda lebih besar untuk menentang Malaysia berikutan tindakan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain berdarah warisan, kata Tunku Mahkota Ismail (TMJ).
TMJ berkata, Menteri Dalam Negeri sudah menyatakan proses untuk memberikan kerakyatan kepada tujuh pemain itu dibuat berdasarkan perlembagaan kita, undang-undang dan pertimbangan hati-hati.
“Kita perlu sentiasa menyokong proses rayuan dan bersatu di belakang pasukan kebangsaan dan tidak menyemai rasa kurang harmoni dan perpecahan.
“Ada agenda lebih besar di sini menentang Malaysia. Saya yakin akan itu,” ujarnya.
FIFA dalam kenyataannya memaklumkan FAM menyerahkan dokumen palsu dalam urusan kesahihan kelayakan pemain untuk bermain dalam perlawanan rasmi.