
KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengakhiri kempennya di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia dengan meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Speed Dome,The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Ini adalah pingat kedua pelumba berusia 38 tahun itu selepas meraih emas dalam acara keirin semalam.
Terdahulu hasrat Mohd Azizulhasni untuk mara ke final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tumpas kepada pelumba Britain, Matthew Richardson 2-0 pada aksi separuh akhir.
Richardson menjadi juara acara itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas pelumba Australia Leigh Hoffman pada aksi final.