
Liga A1 Semi Profesional 2025-2026 akan menjadi lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan, kata Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Menurutnya, ini termasuklah penyertaan bekas pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC dan kelab dari Korea Selatan, FC Seoul Phoenix.
Beliau memaklumkan Kedah Darul Aman FC, dan FC Seoul Phoenix serta Guar Syed Alwi FC sebelum ini diberi kelulusan bersyarat dan perlu melengkapkan beberapa kriteria serta dokumen mengikut tempoh yang diberikan.
Katanya, AFL juga mengesahkan penyertaan pasukan UM-Damansara United yang sebelum ini diletakkan
dalam senarai menunggu bersama Ipoh City FC.