Tun Mahathir Dibenar Pulang

Selepas menjalani tempoh rehat yang singkat, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.45 petang, semalam.

Malaysia Perketat Eksport Cip AI Prestasi Tinggi AS

Semua aktiviti membabitkan eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berpunca dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada kelulusan permit perdagangan strategik, berkuatkuasa serta-merta.

Pertemuan dengan Rubio Bukti Hubungan Erat

Pertemuan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi bukti hubungan erat yang terus berkembang di antara kedua-dua negara.

Addeen Cemerlang di New Zealand

Pemain skuasy lelaki negara Addeen Idrakie, merangkul kejuaraan ketujuh dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara Terbuka Morrinsville di New Zealand..

New Age Movement Ajaran Terpesong

Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius terhadap penularan fahaman `New Age Movement’ yang sudah mula menyusup ke dalam masyarakat Islam, khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.

Anwar Beri KLFA RM1 Juta

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mendapat durian runtuh menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26 selepas menerima peruntukan RM1 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Durian tengah murah Boh…”

Gara-gara mahu semua orang dapat makan dan menikmati raja buah, seorang peniaga di Kota Bharu, Kelantan nekad menjual durian dengan harga yang murah.

Jumlah Penduduk 42 Juta Pada 2059

Malaysia dijangka mencapai kemuncak populasi sebanyak 42.08 juta orang pada tahun 2059, namun kadar pertumbuhan penduduk akan menurun secara ketara daripada 1.7 peratus pada 2020 kepada hanya 0.1 peratus menjelang 2060.

Anwar Nafi Lagi Campur Tangan Kehakiman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penafiannya berhubung dakwaan campur tangan dalam keputusan kehakiman, sedang desakan semakin meningkat untuk pembaharuan dan kebimbangan terhadap gangguan dalam badan kehakiman.

Adendum: Pandangan Semua Dihormati

Kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.