Konflik Thailand-Kemboja Merebak ke 6 wilayah

Thailand dan Kemboja dikesan saling berbalas tembakan artileri berat untuk hari ketiga berturut-turut sehingga kelmarin, dalam konflik sempadan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan memaksa lebih 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Kibar Jalur Gemilang Simbol Cinta Negara

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menggesa rakyat menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Kurang Belas Ihsan Terhadap Gaza: PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyelar masyarakat antarabangsa kerana memejamkan mata terhadap krisis kebuluran yang meluas di Gaza, menyifatkan ia sebagai ‘krisis moral yang mencabar nurani global’.

Anwar Berseloroh Tak Dijemput

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak dijemput untuk hadir ke ‘Himpunan Turun Anwar’ yang berlangsung semalam.

FAM Bantah Penyokong Indonesia Biadap

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar bantahan rasmi susulan tindakan penyokong pasukan Indonesia yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika aksi Piala Asean Bawah 23 Tahun (B-23) di Jakarta, Selasa lalu.

Hulk Hogan Meninggal Dunia

DUNIA gusti kehilangan salah seorang legenda terbesarnya apabila bintang gusti profesional Amerika Syarikat (AS), Hulk Hogan, disahkan meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat serangan jantung

Vape Adalah Najis: Dr Syed Mohamed Aljunid

Industri vape menyumbang sekitar RM100 juta dalam bentuk cukai dan duti eksais tetapi ia tidak bermakna kerana kos rawatan penyakit berkaitannya mencecah RM5 bilion, kata Pakar Perubatan Awam, IMU University, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.

Thailand-Kemboja Setuju Gencatan Senjata

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand dan Kemboja setuju mengundurkan tentera negara masing-masing dari kawasan sempadan yang menyaksikan pertempuran sebelum ini.

Rakyat Makmur Apabila Kerajaan Stabil

Pelbagai inisiatif ‘Penghargaan Untuk Rakyat’ yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu, bukti komitmen kerajaan terus berusaha merangka usaha dan inisiatif yang mendahulukan rakyat.